Novel ni dah lama kuar tp aku baru jumpa kat MPH Subang Parade masa awal tahun. Maklumlah tak banyak kedai buku kat Jerteh. Hehehe... Aku bg 5/5 r kat novelis ni. Pasal sume hasil nukilan dia memang mantap r... Aku masih lg dlm proses mencari sume novelnya untuk dijadikan koleksi. (Jgn bgtau ibu aku nnti bsing plak... Heheheee). Aku tak banyak yg aku ada stakat ni tp ada gk yg aku dh baca yg aku pnjam dari perpustakaan. Bg aku kalu baca buku rangkaian Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi seolah-olah aku yg melakonkan watak hero tersebut. Boleh rasa 'feel' masa baca. Cuma mslh ending je yg bingung skit.
Siapa tak kenal kenal penulis hebat Ramlee Awang Murshid kan? Novel-novel yang ditulis oleh beliau sentiasa mendapat tempat di hati peminat novel. Telah banyak novel-novel yang dihasilkan. Tapi, novel hasilan beliau yang begitu berkesan di hati aku ialah Trilogi Bagaikan Puteri.
Trilogi Bagaikan Puteri ini mengandungi 3 buah novel iaitu
Bagaikan Puteri
"Awan,
Kalau dapat dicapai,
Maka saktilah hamba"
Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia , malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.
Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.
Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa haryani kembali semula ke abad 21.
Antara dua lelaki , Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati.
===================================================================
Hijab Sang Pencinta
"Marah Itu Api!"
RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.
Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.
Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.
Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.
===================================================================
Cinta Sang Ratu
"Tatkala cinta berbisik,
Suaranya memuji TUHAN,
Pabila rindu terusik,
Rasulnya menjadi pilihan."
Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani? Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya. Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!
Jalan cerita yang menarik, mampu membuatkan aku hidup di alam percintaan fantasi.. Insan sesempurna Laksmana Sunan menjadi dambaan semua wanita. Tapi, di penghujung trilogi menimbulkan 1001 ketidakpuasan di hati peminat kerana watak Laksmana Sunan seakan-akan dimatikan di penghujung cerita. Namun atas suara peminat, akhirnya Ramlee Awang Murshid menyambung kembali trilogi hebat ini iaitu Cinta Sufi. Walaupun tanpa 2 watak utama sebelum ini iaitu Haryani dan Dani, namun tidak menjadi penghalang untuk aku mencari novel ini di kedai nanti...
===================================================================
Cinta Sufi
"Sekali ku rebah,
Sejuta Kali ku bangkit"
Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakanTaming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.
===================================================================




2 ulasan:
waaa,.mint n0vl g0p ea,.ley r share2 mint neh,.heee
InsyaALLAH...
Catat Ulasan