THINK POSITIVE...!

THINK POSITIVE...!

Rabu, 23 Mac 2011

Mengurangkan Sakit Belakang

Sakit belakang memang selalu sangat semua orang dapat. Bila dah sakit belakang, mulalah nak minta tolong kawan picitkan, malas nak buat kerja dan sampai nak baring tidur pun tak selesa. Sakit belakang ni kalau terkena kat orang yang dah berkahwin lagi susah. Macam-macam hal.

Bukan orang tua ja selalu kena sakit belakang ni, si muda yang 20 an pun boleh dapat sakit belakang ni juga. So, ada beberapa cara untuk kurangkan sakit belakang yang boleh menganggu ketenteraman seharian kita.

1.  SELALU AMBIL BROKOLI
  •  Kajian menunjukan, di dalam sayur brokoli terdapat sejenis vitamin yang dinamakan vitamin K. Vitamin ini selalu didapati pada sayur yang berdaun gelap seperti brokoli dan bayam. Vitamin K membantu memberi kalsium yang diperlukan untuk tulang.
2.   KURANGKAN BERAT BEBANAN
  • Kurangkan bebanan dalam beg yang selalu dibawa anda, terutamanya golongan perempuan. Bebanan beg yang berat akan membuatkan tulang dan badan anda bekerja lebih dari kebiasaan.
3.   TIDUR DENGAN BETUL
  • Sewaktu tidur juga, kita perlu menjaga cara tidur kerana tidur dalam keaadaan yang salah akan menyebabkan belakang dan leher anda sakit.
4.  DUDUK DENGAN BETUL
  • Cara duduk yang salah juga mendorong kepada sakit belakang. Lapik tempat duduk dengan sesuatu yang lembut seperti bantal. Jangan duduk terlalu lama pada keadaan yang sama. Bagi yang bekerja di pejabat, selalu bangun dari kerusi anda sejam sekali.

Definisi: Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.

Sebab-sebab: Terdapat banyak sebab-sebab Sakit Belakang. 75% kes sakit belakang tidak dapat dipastikan punca sebenarnya. Manakala 25% kes ini berkemungkinan disebabkan oleh:
  • Otot
    • Otot tergeliat
    • Otot terkoyak disebabkan kecederaan sukan
    • Otot letih
  • Tulang
    • Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah
    • Pecah tulang belakang
    • Tulang yang cacat
    • Kanse tulang
  • Lain-lain
    • Kedudukan badan yang tidak betul
    • Penyakit Radang Pelvic (PID)
    • Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis
    • Penyakit batu karang
    • Psikologi
      • Berkaitan dengan stres
Tanda & Gejala
Bila perlu berjumpa doktor?
  • Rasa kebas di bahagian punggung, kaki, peha dan kaki.
  • Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya
  • Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki
  • Rasa sakit yang menusuk
  • Pergerakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian terbatas.
  • Apabila adanya gejala-gejala yang berkaitan seperti :-
    • Fever (demam)
    • Sakit di bahagian perut
    • Rasa sakit semasa membuang air kecil atau air besar.
    • Sakit kepala
    • Berkaitan dengan haid
Komplikasi
Bergantung kepada sebab dan puncanya, sakit belakang yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi :-
  • Lemah atau lumpuh otot-otot kaki
  • Kecacatan kekal
  • Kanser yang tidak dapat dikesan
Sekiranya sakit belakang berpunca daripada organ dalaman seperti PID atau sebarang organ dalaman yang berkaitan sakitpuan, jika tidak dirawat boleh mengakibatkan ketidaksuburan dan komplikasi lain. 
Rawatan 
Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan menerusi :
    • Rehat yang cukup
    • Regangan pada bahagian belakang
    • Fisioterapi
    • Menggunakan ubat sapu
    • Ubat anti inflamasi tanpa steroid
Rawat penyebab sebenar sakit belakang seperti PID dan UTI 
Pencegahan
  • Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat berat
  • Berehat untuk meregangkan belakang badan
  • Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap’s Smear untuk mengesan Kanser Serviks
  • Kekalkan berat badan unggul (nisbah berat dan tinggi).
  • Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium yang cukup dan nutrisi yang lain untuk mencegah osteoporosis.
  • Kekalkan cara hidup yang sihat

Pemulihan
Pemulihan melibatkan pengambilan ubat-ubatan seperti NASIDs, Fisioterapi (Pemulihan Anggota) dan Pemulihan Cara Kerja.

Sumber - Infosihat.gov.com

Tiada ulasan: